Heartbeat (Part 1)

Title » Heartbeat
Character » Im Soohyun
» Kim Taehyung
»Park Jimin
» BTS
Author » Anna Kim

Pada hari itu dia melihat sesuatu perkara yang menyakitkannya.Dia berharap perkara itu takkan berlaku namun malangnya dia tak dapat menghalangnya.

Air mata dia menitis melihat pasangan yang dihadapannya sedang asyik membuat perkara yang tidak senonoh itu.Perasaan yang dia selama ini rasa hancur begitu sahaja melihat pemandangan yang seakan-akan menghiris hati dia ketika itu.

“Soohyunah”,orang itu menepuk bahunya perlahan.Dia tak sanggup melihat keadaan Soohyun seperti itu.Dia sudah tahu perasaan Soohyun terhadap lelaki yang sangat ingin dihajarnya.

“Aku okay Hoseok.Jangan risau”,Soohyun hanya senyum palsu.Padahal di dalam hatinya sudah hancur berkecai seperti kaca.Harapannya kali ini hilang.Tiadanya guna dia bertahan selama ini.

Soohyun berbalik dan meninggalkan Hoseok dan pasangan itu.Hoseok yang melihatnya hanya bersimpati dengan gadis itu.Sekarang ini dia nak menghajar lelaki tak guna di hadapan nya itu.

“Taehyung!! kau ni memang tak guna kan”,hardik Hoseok.Dia menarik rambut perempuan berskirt pendek yang bersama Taehyung itu lalu menolaknya keluar.Sekarang dia rasa nak rendam kepala perempuan itu dalam air panas.Biar mengelupur perempuan tu.

“Pehal kau ni? kacau lah kau ni”,Taehyung menatap Hoseok marah kerana aktivitinya dirosakkan oleh Hoseok.

“Kau tahu tak Soohyun dah tengok perbuatan kau selama ni.Tapi dia diam saja selama ni.Jangan sampai kau menyesal Tae.Aku dah nasihat kau dah lama tapi kau still tak berubah dan lagi satu aku nak kau jauhkan diri kau daripada Soohyun.Jangan pernah cari dia lagi.Kau faham tak?!!”,Kata Hoseok yang merenung Taehyung tajam.

“Sial.Biarlah dia tu.Chaerin lagi cantiklah dari dia.Dia tu sikit-sikit menangis menyampah aku”,balas Taehyung selamba.

“Kau akan menyesal Tae”,kata Hoseok lalu beredar dari situ.

»»»

“Taehyung saya nak minta break.Saya dah penat”,kata Soohyun.Perit hatinya ingin mengatakan perkataan itu.Namun dia dah terlalu penat.Dah tak sanggup tahan semua ini.Dia pun manusia ada perasaan.

“Baguslah la macam tu.Aku pun takkan hadap muka kau lagi dah nanti.Kau jangan ingat ada Hoseok yang selalu sokong kau tu kau dah menang.Kau tu dia sokong sebab dia kasihan je pun.Dah lah semak aku dekat dengan kau dah blah”,halau Taehyung.

“Okay baiklah.Selamat tinggal”,kata Soohyun pada Taehyung.Entah kenapa hati dia rasa ini pertemuan dia dan Taehyung buat kali terakhir.

Soohyun pada malam itu berjalan-jalan santai di hadapan kedai tteokbukki.Dia melihat bintang-bintang di atas langit yang gelap itu.Dia mengeluh dengan perlahan.Rasa semuanya tak bermakna apa-apa lagi.Tiada lagi cinta untuknya.

Namun tiba-tiba dia melihat seorang kanak-kanak perempuan berlari melintasi jalan raya yang besar itu malam-malam hari.Lagi yang membuat dia cemas ketika itu ialah terdapat sebuah kereta hitam yang memecut laju kearah kanak-kanak itu.

Soohyun segera berlari untuk menolak kanak-kanak itu ke tepi jalan sebelum dilanggar oleh kereta itu.Namun nasibnya malang dia pula yang dilanggar oleh kereta itu.Tapi dia sempat menolak kanak-kanak itu ke tepi jalan itu dan dia pula tak sempat mengelak dirinya daripada dilanggar.

“Sarang-ah kamu okay tak?”tanya seorang lelaki remaja pada adik perempuannya itu.

“Nae oppa tapi eonni tu hiskk”,Sarang pergi kearah Soohyun.Dia memeluk erat orang yang menyelamatkannya.
Darah yang mengotori bajunya diendahkan.Soohyun yang separuh sedar itu mengusap pipi Sarang perlahan.Dia bersyukur kanak-kanak itu selamat.

“Eonie mianhae.Ni semua salah Sarang.Sarang yang degil”,kata Sarang menyalahkan dirinya.

“Gwenchanna.Eonnie tak apa-apa”,Soohyun hanya senyum memandang Sarang.Kemudian matanya rasa berpinar-pinar dan hanya kegelapan yang dia lihat ketika itu.

···

“Macam mana dengan Soohyun doktor”,tanya Hoseok bersama rakannya yang lain kecuali Taehyung.

“Dia kehilangan banyak darah disebabkan hentakan yang kuat.Buat masa ini keadaan dia sudah stabil namun malangnya dia mungkin tidak akan sedarkan diri buat masa ini”Doktor itu menepuk bahu Hoseok perlahan.

“Apa maksud doktor?”,Jimin pula bertanya kepada doktor itu.

“Saya harap kamu semua dapat bersabar.Im Soohyun mengalami koma selepas kemalangan itu.Saya tak pasti bila dia akan sedar tapi saya harap kamu semua beri sokongan dekat dia supaya dia kuat.Kalau tiada apa-apa lagi saya minta diri dulu”,Doktor itu beredar dari situ setelah memberitahu keadaan Soohyun.

“Kau tak beritahu family dia Hoseok”,tegur Seokjin setelah lama mendiamkan diri.Melihat Hoseok yang sudah penat menangis itu menyakitkan hatinya. Dia dah anggap Hoseok seperti adiknya sendiri.Kalau Hoseok sedih dia pun akan sedih sekali.

“Ani.Lagipun appa dengan eomma dia baru saja meninggal dunia satu bulan yang lalu”,kata Hoseok dengan perasaan sayu.

“Jinjja? Kesian Soohyun”,balas Namjoon terkejut dengan berita itu.Dia dan lain-lain kurang rapat dengan Soohyun kecuali Hoseok yang merupakan kawan pertama Soohyun.

Skip

Setelah beberapa hari tanpa kemunculan Soohyun di sekolah.Taehyung rasa menyesal dengan perbuatannya.Dia hanya mengetahui Soohyun tidak hadir ke sekolah kerana sakit.Ingin menanya Hoseok dia takkan berani kerana dia malu kerana dulu dia terlalu ego dan pentingkan diri sendiri.

Manakala yang lain masing-masing merahsiakan keadaan Soohyun yang sakit itu daripada diketahui Taehyung.Mereka tak mahu Soohyun sakit lagi disebabkan angkara Taehyung.

Di bilik khas itu terdapat dua orang yang sedang menjaga Soohyun yang masih tak sedarkan diri pada petang itu.Sudah empat minggu dia terlantar dikatil hospital di Busan.

Park Jimin bersama ibunya merawat Soohyun pada hari itu.Jimin ialah abang kepada Park Sarang kanak-kanak yang diselamatkan oleh Soohyun.Mendengar Sarang telah diselamatkan oleh Soohyun ibu Jimin mengambil keputusan untuk mengambil Soohyun sebagai anak angkat dalam keluarga Park.

Jimin yang mendengar itu sudah menyetujui keputusan itu.Lagipun dia dah anggap Soohyun macam ahli keluarganya sendiri.Sekarang mereka hanya perlu tunggu Soohyun sedar.Jimin telah berjanji pada dirinya untuk melindungi Soohyun.

TBC

Satu pendapat untuk “Heartbeat (Part 1)

Tinggalkan komentar

Rancang situs seperti ini dengan WordPress.com
Mulai